Seramai 122,062 Murid Masih Belum Menguasai Kemahiran Asas 3M

LocalPolitics
4 Dec 2024 • 12:20 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Melalui laporan Berita Harian, seramai 122,062 atau 27.34 peratus murid dikenal pasti masih belum menguasai kemahiran asas membaca, menulis, dan mengira (3M).

image is not available

Difahamkan, penemuan tersebut berdasarkan pengesanan awal literasi dan numerasi terhadap 448,113 murid Tahun Satu yang dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan (KPM) seawal tiga bulan selepas mereka mengikuti pengajaran dan pembelajaran (PdP) sesi akademik 2024/2025.

Menurut Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, murid berkenaan telah mengikuti Program Intervensi Tahun Satu Fasa Satu serta diberi bimbingan secara berfokus melalui pendekatan pengajaran yang lebih intensif bermula dari bulan Julai hingga September lalu.

image is not available

Bagi murid yang masih belum menguasai kemahiran asas 3M selepas menjalani intervensi Fasa Dua, mereka akan dicalonkan untuk mengikuti intervensi dalam Program Pemulihan Khas yang dilaksanakan guru pemulihan apabila di Tahun Dua.

Sebelum ini, Fadhlina memaklumkan KPM kekal memansuhkan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3).

image is not available 1 week ago

KPM Kekal Mansuh UPSR & PT3 Demi Kurangkan Tekanan Murid - Fadhlina Sidek

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved