Seramai 60 Juta Isi Rumah Seluruh Dunia Menonton Perlawanan Langsung Jake Paul Dan Mike Tyson Melalui Netflix

TechnologyDigital
17 Nov 2024 • 10:21 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Netflix kini berkongsi mengatakan 60 juta isi rumah di seluruh dunia menonton acara langsung perlawanan antara Jake Paul dan Mike Tyson, yang diadakan semalam, 16 November 2024. Acara perlawanan yang disiarkan secara langsung melalui perkhidmatan penstriman Netflix buat julung kalinya tersebut turut menjadi antara acara sukan langsung yang dibualkan ramai melalui media sosial, selain mencatatkan beberapa rekod tersendiri.

Netflix turut mengatakan pada kemuncaknya, acara tersebut ditonton oleh sekitar 65 juta isi rumah seluruh dunia. Angka ini boleh dikatakan angka tontonan langsung tertinggi melalui Netflix buat masa ini.

Netflix sendiri menghadapi beberapa cabaran teknikal ketika siaran langsungnya, dimana beberapa pengguna menghadapi masalah penstriman dan pemuatan ketika acara tersebut.

Netflix dijangka akan meneruskan penyiaran lebih banyak acara sukan secara langsung melalui platform mereka bergerak ke hadapan.