“Seramnya..” – Gaya Solekan Dikritik Pelik, Aksi ‘Mabuk’ Han Sohee Di Paris Tular

Beauty
2 Mar 2024 • 11:08 AM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

image is not available

Gaya solekan Han So-hee telah dikritik baru-baru ini, tapi kenapa?

Baru-baru ini, Han So-hee telah hadir di parti untuk jenama barangan perhiasan dan jam mewah Perancis ‘Boucheron’, bagi meraikan ulang tahun ke-20 Quattro di Paris.

Khususnya di acara tersebut, pelakon wanita itu tampil dengan skirt hitam pendek dan baju crop top, turut menarik perhatian dengan gaya solekannya yang sedikit berbeza dari sebelum ini.

Menerusi beberapa foto dan video yang dikongsi, Han Sohee memberi lebih tumpuan untuk solekan di bahagian matanya, dengan mengenakan eyeshadow merah.

Selain itu, kelakukan Han So-hee di parti tersebut juga turut meraih perhatian sehingga ada yang mendakwa bahawa wanita itu sedang mabuk.

Meskipun ramai yang memuji penampilannya namun, ada juga yang kurang berpuas hati dengan solekannya dan meninggalkan komen,

image is not available

Make-up dia kali ini langsung tidak menyerlahkan kecantikannya. Nampak macam dia tengah ambil dadah

 

Dia nampak macam hantu.

 

Kenapa muka dia nampak pelik? Nampak macam lain sangat.

 

Adakah dia mabuk?

Bagaimanapun, ada yang juga mempunyai pendapat sebaliknya dan menganggap bahawa Han So-hee hanya sedang berseronok di parti itu, dengan gaya solekan baru yang dia ingin cuba.

Apa pendapat korang pula?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.