Serang Anak Rafizi: Dua Individu Dipercayai Guna Nombor Plat Palsu

LocalPolitics
14 Aug 2025 • 2:21 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Dua individu bermotosikal yang menyerang anak kepada bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli di sebuah pusat beli-belah di Putrajaya, semalam dipercayai menggunakan nombor pendaftaran palsu.

Kes serang anak Rafizi

Menurut laporan Kosmo!, Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar memaklumkan pihaknya kini memburu dua individu yang dipercayai terlibat dalam insiden tersebut.

image is not available

Foto: Bernama

“Kita telah mengenal pasti motosikal itu namun pemeriksaan mendapati nombor pendaftaran digunakan adalah palsu.

“Penyerang setakat ini (dikesan) adalah dua individu namun identiti suspek masih belum dikenal pasti,” katanya hari ini.

Namun, beliau berkata pihak polis masih belum dapat mengenal pasti jenis cecair dalam jarum suntikan yang didakwa digunakan suspek.

“Siasatan lanjut sedang giat dijalankan,” ujarnya.

Kecoh insiden serang anak Rafizi

Media semalam melaporkan polis mengesahkan insiden serangan terhadap anak kepada Rafizi di sebuah pusat beli-belah di Putrajaya sekitar jam 2 petang.

Artikel lain: Rafizi Ramli Terima Gelaran Datuk Seri Sempena Hari Keputeraan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan

image is not available

Foto: FMT

Anak mangsa yang berusia 12 tahun itu bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan fizikal.

Menurut Shazeli, serangan oleh dua individu tersebut berlaku di kawasan parkir pusat beli-belah berkenaan.

Rafizi pula memaklumkan kejadian berlaku ketika anak dan isterinya baru sahaja masuk ke dalam kereta untuk meninggalkan lokasi, sebelum anaknya secara tiba-tiba ditarik dan dicucuk dengan jarum suntikan.

Sumber: Kosmo! Online (Harrith Hisham)