Serangan AS terhadap bot dadah langgar undang-undang antarabangsa – PBB

WorldPolitics
23 Sep 2026 • 8:30 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Serangan AS terhadap bot dadah langgar undang-undang antarabangsa – PBB

WASHINGTON: Serangan Amerika Syarikat (AS) terhadap bot yang disyaki terlibat dalam kegiatan pengedaran dadah di Laut Caribbean dan Lautan Pasifik melanggar undang-undang antarabangsa dan berkemungkinan merupakan jenayah terhadap kemanusiaan.

Dalam laporan diterbitkan kelmarin, Pelapor Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai hak asasi manusia dan antikeganasan, Ben Saul berkata, AS menyerang 68 kapal di perairan antarabangsa antara September 2025 hingga Ogos tahun ini, menyebabkan sekurang-kurangnya 233 orang terbunuh.

AS melakukan serangan itu sebagai tindakan mempertahankan diri terhadap pengganas dadah.

Bagaimanapun, laporan PBB itu menolak hujah berkenaan.

“Serangan ketenteraan Amerika Syarikat itu  bertentangan dengan undang-undang antarabangsa, melanggar hak untuk hidup dan berkemungkinan merupakan jenayah terhadap kemanusiaan,” menurut laporan itu.

Laporan itu didedahkan dua hari selepas tentera AS mengumumkan pihaknya membunuh empat orang dalam serangan terhadap sebuah kapal di Laut Caribbean.

Kempen membanteras dadah itu turut dikecam kumpulan hak asasi manusia yang menyifatkan pembunuhan itu sebagai tindakan di luar proses undang-undang.

Jabatan Pertahanan AS atau lebih dikenali sebagai Pentagon menerbitkan video serangan berkenaan di media sosial. Namun, ia hanya mendedahkan sedikit maklumat mengenai individu yang terbunuh atau bukti yang mengaitkan mereka dengan kegiatan pengedaran dadah.

Laporan PBB itu berkata, AS tidak mempunyai hak menggunakan kekerasan bagi tujuan mempertahankan diri terhadap kegiatan pengedaran dadah yang didakwa berlaku.

Laporan itu berhujah, kegiatan pengedaran dadah tidak memenuhi ambang undang-undang sebagai ‘serangan bersenjata’ yang membolehkan hak mempertahankan diri digunakan. – AL JAZEERA

The post Serangan AS terhadap bot dadah langgar undang-undang antarabangsa – PBB appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved