Serangan Israel Terhadap Syria, Tiga Askar Terbunuh

15 Aug 2022 • 12:59 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Serangan udara tentera Israel di Syria pada 14 Ogos baru-baru ini telah mengakibatkan tiga orang askar terbunuh manakala tiga lagi mengalami kecederaan, menurut laporan media.

“Pencerobohan itu menyebabkan kematian tiga orang askar dan mencederakan tiga yang lain,” menurut agensi berita rasmi Syria, SANA, memetik sumber daripada tentera.

Sejak perang saudara meletus di Syria pada 2011, Israel telah melakukan ratusan serangan udara di dalam negara itu. Mereka menyasarkan serangan tersebut pada kerajaan serta tentera sekutu yang disokong Iran dan pejuang Hizbullah.

image is not available
Kredit: AFP

Serangan terbaharu Israel tersebut telah menyasarkan tapak di kawasan luar yang terletak di sekitar ibu kota Damsyik dan selatan wilayah pantai Tartus, kata SANA. Agensi berita itu juga menambah bahawa sistem pertahanan udara Syria telah berjaya memintas beberapa peluru berpandu.

Pemantau perang Syrian Observatory for Human Rights juga memberikan jumlah yang sama bagi insan yang terbunuh dan cedera akibat serangan berhampiran pangkalan pertahanan udara di wilayah Tartus. Wilayah Tartus merupakan lokasi panas bagi kumpulan yang disokong Iran bergerak aktif.

Tapak yang disasarkan di Tartus terletak lapan kilometer dari pangkalan Rusia, kata pemantau itu. Rusia merupakan kumpulan militan yang mempunyai rangkaian sumber yang luas di Syria. Mereka berkata bahawa ambulans bergegas ke tempat kejadian sejurus serangan di Tartus.

Rentetan Peristiwa Serangan Israel kepada Syria

Pada awal Julai, Kementerian Pertahanan Syria berkata bahawa serangan Israel yang dilakukan dari Laut Mediterranean, berhampiran bandar Al-Hamadiyah, selatan bandar Tartus, telah mencederakan dua orang awam.

Pada hari Jumaat, tembakan Israel mencederakan dua orang awam di selatan Syria berhampiran Bukit Golan, menurut media kerajaan.

image is not available
Kredit: AFP/SANA

Bulan lalu, serangan Israel berhampiran Damsyik membunuh tiga askar Syria, kata media kerajaan pada masa itu. Pemantau perang berkata bahawa serangan itu menyasarkan kemudahan tentera dan “depoh senjata Iran”.

Selepas insiden terbaru, pihak berkuasa Israel memberitahu AFP bahawa mereka “tidak mahu mengulas mengenai laporan dalam media asing”.

Konflik di Syria bermula dengan penindasan kejam terhadap protes aman dan telah menarik kuasa asing dan pejuang jihad global.

Perang itu telah membunuh hampir setengah juta orang dan memaksa kira-kira separuh daripada penduduk sebelum perang negara itu terpaksa meninggalkan tempat kediaman mereka.

Campur tangan ketenteraan Rusia pada 2015 telah mengubah corak peperangan untuk memihak kepada Presiden Syria Bashar al-Assad, yang asalnya tenteranya hanya pernah menguasai seperlima daripada negara itu.

Bulan lalu, pemantau perang telah memberi keterangan mengenai serangan udara Rusia yang telah membunuh tujuh orang.

Empat orang daripada mangsa yang terkorban adalah kanak-kanak yang menetap di wilayah Idlib. Serangan tersebut dilakukan kerana itu merupakan kawasan yang dikuasai pemberontak Syria, di utara negara itu.