Serangan siber bertubi-tubi, Malaysia didakwa bertindak balas

LocalTechnology
7 Nov 2026 • 2:51 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Serangan siber bertubi-tubi, Malaysia didakwa bertindak balas
Antara paparan tangkap layar yang dikongsikan di laman Threads

SHAH ALAM – Di sebalik kebimbangan terhadap ancaman serangan siber dari luar negara, tindakan Malaysia yang didakwa melancarkan serangan balas bertubi-tubi turut mencuri perhatian pengguna media sosial.

Berdasarkan paparan peta ancaman langsung (Live Threat Map) oleh FortiGuard Labs yang tular, beberapa lokasi termasuk Cyberjaya, Shah Alam dan Petaling Jaya dikenal pasti antara kawasan yang merekodkan aktiviti ancaman siber.

Paparan berkenaan turut menunjukkan aktiviti ancaman dikesan dari beberapa negara termasuk Perancis, Bulgaria, Indonesia, Jepun dan China dengan tahap ancaman dikategorikan sebagai kritikal dan tinggi.

Kebanyakan aktiviti yang dipaparkan dipercayai membabitkan cubaan menceroboh sistem pelayan laman web serta penghala internet yang digunakan di rumah dan pejabat.

Bagaimanapun, perhatian pengguna media sosial turut tertumpu kepada dakwaan berlaku tindakan balas terhadap aktiviti serangan siber berkenaan, termasuk perkongsian mengenai individu dari Batu Pahat, Johor yang dikatakan terlibat dalam aktiviti tersebut sehingga lewat pagi.

Seorang pengguna Threads, ItsJemek secara berseloroh memuji individu berkenaan yang didakwa bertindak balas terhadap serangan siber dari luar negara.

Perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi pengguna media sosial yang rata-ratanya melahirkan kebimbangan terhadap keselamatan sistem digital dan kemungkinan akaun peribadi mereka turut menjadi sasaran.

Ada pengguna turut berkongsi pengalaman menerima notifikasi cubaan akses daripada lokasi luar negara terhadap akaun Apple ID mereka.

Dalam pada itu, pengguna media sosial turut mengingatkan orang ramai supaya sentiasa mengemas kini sistem keselamatan peranti serta mengelakkan penggunaan kata laluan yang mudah diteka.

Bagaimanapun, paparan lokasi dan tahap ancaman pada peta berkenaan tidak membuktikan berlakunya pencerobohan berjaya atau serangan yang dilancarkan oleh kerajaan negara tertentu.

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved