‘Rakyat Malaysia bukan kaya-raya, mengapa jadi sasaran siber?’

LocalTechnology
7 Nov 2026 • 5:10 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: ‘Rakyat Malaysia bukan kaya-raya, mengapa jadi sasaran siber?’

PETALING JAYA: Malaysia didakwa menjadi negara paling banyak menjadi sasaran percubaan serangan siber dalam tempoh 24 jam, berdasarkan paparan sebuah papan pemuka pemantauan ancaman siber yang tular di media sosial.

Perkongsian itu mencetuskan persoalan dalam kalangan pengguna media sosial mengenai mengapa Malaysia menjadi sasaran utama serangan berkenaan, sedangkan negara ini bukan kuasa ekonomi terbesar dunia.

Seorang pengguna Threads, nerisa_nely mempersoalkan motif pihak terbabit dengan bertanya sama ada rakyat Malaysia terlalu kaya sehingga menjadi sasaran penggodam.

Dalam perkembangan berkaitan, NC4 mengeluarkan amaran mengenai peningkatan risiko aktiviti siber berunsur hacktivisme dan serangan oportunis yang menyasarkan institusi kewangan di Malaysia.

Menurut NC4, institusi kewangan menjadi sasaran menarik kerana sebarang gangguan perkhidmatan atau dakwaan kebocoran data boleh menjejaskan reputasi organisasi terbabit.

Sementara itu, berhubung isu Bank Rakyat, institusi kewangan itu menjelaskan gangguan laman web korporat berpunca daripada masalah teknikal melibatkan penyedia perkhidmatan pihak ketiga.

Bank Rakyat turut memberi jaminan sistem perbankan, operasi, data peribadi, maklumat perbankan dan simpanan pelanggan tidak terjejas.-UTUSAN

The post ‘Rakyat Malaysia bukan kaya-raya, mengapa jadi sasaran siber?’ appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved