Serangan siber: Rakyat perlu kekal tenang tapi harus waspada - Anwar

LocalPolitics
3 Nov 2026 • 2:32 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Serangan siber: Rakyat perlu kekal tenang tapi harus waspada - Anwar
Anwar Foto: Jabatan Penerangan Malaysia

KUALA LUMPUR – Rakyat diminta kekal tenang, namun tetap perlu sentiasa berwaspada susulan kedudukan Malaysia yang berpotensi menjadi sasaran serangan siber.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sebarang maklumat mengenai pencerobohan atau gangguan membabitkan digital dan teknologi perlu dimaklumkan segera.

“Apakah pesanan kepada rakyat? (Tetap) 'jalan' (tenang) tapi harus waspada. Jika ada apa-apa maklumat mengenai pencerobohan atau gangguan dari segi digital dan teknologi, ini harus dimaklumkan segera.

“Tapi saya fikir kalau kita panik hal itu akan melemahkan kekuatan kita,” katanya ketika Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Perdana Menteri di Dewan Rakyat pada Selasa.

Ahli Parlimen Tambun itu menjelaskan, sesetengah negara memilih untuk berdiam diri supaya tidak menimbulkan rasa panik dalam kalangan rakyat.

Kata beliau, terdapat juga kota termasuk di ASEAN yang penduduknya mula gelisah dan menyimpan stok barangan makanan.

Bagaimanapun, katanya, kerajaan memilih untuk mendedahkan perkara itu di Dewan Rakyat supaya rakyat mengetahuinya tanpa menimbulkan panik.

“Sesetengah negara mengadakan beberapa pertemuan darurat sekarang. Tapi semalam, (dalam Sidang Majlis Keselamatan Negara Khas) perbincangan kita tidak sampai ke situ, cuma dimaklumkan.

“Jika semalam keputusannya mendesak, saya akan panggil mesyuarat tergempar segera, tak tunggu Jumaat dan keadaan ini, kita pantau saban hari sekarang,” ujar beliau.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved