“Tenang tapi waspada” – PMX Dedah Malaysia Berpotensi Jadi Sasaran Serangan Siber, Minta Rakyat Jangan Panik

LocalPolitics
3 Nov 2026 • 1:14 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

syaz ft 2

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa seluruh rakyat Malaysia supaya sentiasa kekal tenang tetapi pada masa yang sama kekal berwaspada berikutan kedudukan negara yang berpotensi menjadi sasaran pencerobohan dan serangan siber.

Bercakap pada sesi Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini, beliau menjelaskan bahawa ada sesetengah negara luar memilih untuk bertindak berdiam diri bagi mengelakkan suasana panik dalam kalangan masyarakat.

Artikel berkaitan: “Dik, selamba je kau…” – Santai Duduk Bersila, PMX Hadir Sertai Penonton MotoGP Di Hillstand SIC

Artikel berkaitan: Walaupun Berbeza Aliran Politik, PMX Dipuji Tinggalkan Komen di Posting Wan Ahmad Fayhsal

Malah, beliau mengedahkan terdapat beberapa buah kota termasuk di rantau Asia di mana penduduknya sudah mula melakukan pembelian panik dan menyimpan stok barangan makanan sebagai langkah berwaspada.

Bagaimanapun, menurut Perdana Menteri, kerajaan mengambil pendekatan berbeza dengan memilih untuk mendedahkan perkara itu secara terbuka di Parlimen supaya rakyat mendapat maklumat yang tepat tanpa perlu berasa cemas.

“Tenang tapi harus waspada. Jika ada apa-apa maklumat mengenai pencerobohan atau gangguan dari segi digital dan teknologi, ini harus dimaklumkan segera. Bagaimanapun, saya fikir, jika kita panik, hal itu akan melemahkan kekuatan kita,” kata beliau.

 

View on Threads

 

Mengulas lanjut mengenai perkembangan isu keselamatan digital ini, Anwar memaklumkan bahawa situasi semasa masih berada dalam keadaan terkawal dan kerajaan sentiasa memantau pergerakan ancaman tersebut saban hari.

“Sesetengah negara mengadakan beberapa pertemuan darurat sekarang tapi semalam, perbincangan kita tidak sampai ke situ, cuma dimaklumkan.

Jika semalam keputusannya mendesak, saya akan panggil mesyuarat tergempar segera, tak tunggu Jumaat dan keadaan ini, kita pantau saban hari sekarang,” tegasnya.

Beliau turut menyeru agar mana-mana pihak yang mengesan sebarang pencerobohan atau gangguan luar biasa melibatkan sistem teknologi dan digital untuk membuat laporan dengan kadar segera bagi membolehkan tindakan pantas diambil.

Sumber: Berita Harian

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved