Serangan Tikaman Rawak Di Kaunter Pembayaran, 11 Orang Cedera

Entertainment
27 Jul 2025 • 1:29 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Suatu serangan tikaman rawak berlaku di pasar raya Walmart, Traverse City, Amerika Syarikat, pada Sabtu telah mengakibatkan 11 orang cedera.

Menurut Polis Negeri Michigan, kejadian berlaku sekitar jam 5 petang di kawasan pembayaran layan diri. Suspek, seorang lelaki tempatan tanpa rekod jenayah telah berjaya ditahan di tempat kejadian tanpa sebarang kecederaan. Senjata yang digunakan adalah pisau lipat.

image is not available

Memetik laporan Astro Awani, kesemua mangsa dikejarkan ke Pusat Perubatan Munson dan sebahagiannya dirawat di unit rawatan intensif. Pihak berkuasa telah mengisytiharkan kejadian ini sebagai Insiden Kecederaan Besar Tahap 2.

Kawasan sekitar Walmart kini ditutup sementara siasatan dijalankan oleh Pejabat Sheriff Grand Traverse County. Orang awam dinasihatkan menjauhkan diri daripada lokasi buat masa ini bagi melancarkan kerja pasukan keselamatan.

Walmart dalam kenyataan ringkas berkata mereka komited membantu pihak berkuasa dan menyerahkan sepenuhnya siasatan kepada pihak berwajib.

 

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.