“Serba berbakat!” – Pelawak Lagenda Lan Pet Pet ‘Belanja’ Skill Main Drum Buat Netizen Ternganga

Entertainment
14 Aug 2022 • 2:26 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Nama kumpulan lawak lagenda Senario sudah tidak perlu diperkenalkan lagi. Terdiri daripada 5 anggota iaitu Azlee, Wahid, Yasin, Saiful Apek dan Lan Pet Pet, nama mereka sudah boleh dianggap lagenda dalam dunia hiburan tanah air.

Kali ni min nak share bakat terpendam yang tidak pernah dipertontonkan daripada salah seorang anggota kumpulan Senario ni, Lan Pet Pet. Cukup sinonim dengan bunyi trompet, siapa sangka rupa-rupanya Lan Pet Pet juga handal bermain drum. Kalau korang tak percaya, korang boleh tengok video @lanpetpet69 kat bawah.

 

Serba berbakat!

Power betul min tengok Abang Lan main drum. Paling tak tahan, sambil main drum, boleh lagi melawak dengan ekspresi muka tu. Memang hebat lah!

image is not availableKann… memang serba boleh, melawak boleh, buat bunyi trompet boleh. Ini yang paling baru, main drum pun boleh.

image is not availableMin pun perasan gak, Abang Lan ni memang tak makan tua ke? Nampak maintain gitu je. Mungkin petua dia sentiasa buat orang terhibur kot, sebab tu nampak muda sentiasa.

image is not availableBetul, senyuman dia memang ikhlas betul. Manis je nampak. Kalau jumpa depan-depan min rasa Abang Lan ni mesti peramah orangnya.

image is not availableIngatkan pandai melawak je, rupanya main drum pun pandai. Hebat betul Abang Lan Pet Pet ni.

 

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

View Original Article