Serbuan gudang bongkar kegiatan seludup arak, rokok bernilai RM18.2 juta

23 Jan 2024 • 5:27 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Polis menyerbu gudang menyimpan rokok dan minuman keras seludup di Mantin, Negeri Sembilan pada Jumaat lalu.

image is not available
Hazani

MANTIN - Serbuan di sebuah gudang di kawasan perindustrian di sini, membongkar kegiatan sindiket penyeludupan rokok dan minuman keras pada Jumaat lalu.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) Bukit Aman, Datuk Seri Hazani Ghazali berkata, serbuan yang dilakukan Unit Risikan Marin (URM) Polis Marin (PPM) bersama Unit Gempur Marin (Ungerin) Markas Operasi PPM Wilayah 1 Pelabuhan Klang berjaya membuat rampasan bernilai RM18.2 juta.

**media[2510194]**

"Rampasan melibatkan 60,900 karton rokok putih, 9,780 karton rokok keretek, 23,520 tin minuman keras selain sebuah lori, forklif dan palet.

"Dua lelaki ditahan termasuk seorang warga asing untuk siasatan di bawah Akta Kastam 1967," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Hazani berkata, pihaknya komited dalam membanteras penyeludupan kontraban bagi memastikan hasil negara sentiasa dilindungi daripada ketirisan.

Jelasnya, orang ramai diminta menyalurkan maklumat kepada pihak polis agar kegiatan jenayah dapat dibanteras sepenuhnya.