Serbuk putih dipercayai kokain ditemukan di kemudahan penyimpanan Rumah Putih: Laporan

6 Jul 2023 • 3:35 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

WASHINGTON: Hasil pemeriksaan mendapati serbuk putih yang dijumpai di Rumah Putih pada minggu lalu, ditemukan di kemudahan penyimpanan di ruang kerja yang digunakan oleh kakitangan dan tetamu Rumah Putih untuk menyimpan telefon bimbit, menurut CBS News, memetik pegawai kanan penguatkuasa undang-undang, lapor Sputnik.

Perkhidmatan Rahsia akan memeriksa kamera serta log masuk bagi mengenal pasti mereka yang mempunyai akses ke ruang itu, menurut laporan itu pada Selasa.

Satu bahan yang mencurigakan ditemukan di Rumah Putih pada petang Ahad, mencetuskan penutupan sementara. Serbuk putih itu diuji positif kokain dalam ujian awal, lapor media. -Bernama