Serendah RM12, Kini Anda Boleh Drivethru Cuci Kereta Guna Robotic Carwash Di Stampark Kuching

24 Jan 2023 • 12:34 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Tak perlu susah susah nak cuci kereta sendiri hujung minggu nanti

Serendah RM12, Kini Anda Boleh Drivethru Cuci Kereta Guna Robotic Carwash Di Stampark Kuching. Dalam aspek penjagaan kenderaan, sememangnya perkara pencucian adalah amat penting bagi mengelakkan kenderaan kelihatan kotor yang boleh menyebabkan ianya bertegar dan membawa kepada kerosakan.

Tapi itulah, kadang sibuk sangat sampai takda masa nak cuci kereta sendiri, betul tak? Kini korang tak perlu besusah payah keluarkan baldi dan span untuk cuci kereta pada waktu minggu, hantar je ke Robotic Carwash di Kuching.

image is not available
Serendah RM12, Kini Anda Boleh Drivethru Cuci Kereta Guna Robotic Carwash Di Stampark Kuching. Sumber: Facebook

Beroperasi setiap hari pada jam 8 pagi sehingga 10 malam

Bertempatkan di dalam kawasan parkir Stampark, Taman BDC Kuching, tempat cuci kenderaan automatik ini beroperasi setiap hari pada jam 8 pagi sehingga 10 malam. Jadi anda usah risau kalau tak sempat nak cuci kenderaan pada waktu siang, kerana ianya juga beroperasi pada waktu malam.

Justeru daripada itu dengan kewujudan teknologi moden khususnya mesin mencuci kenderaan secara drive thru amat mudah kepada orang ramai untuk mencuci kenderaan dalam masa yang singkat iaitu 6 minit sahaja.

image is not available
Sumber: Facebook

Harganya pula hanyalah serendah RM12. Dan yang menariknya juga, Robotic Carwash ini juga boleh melapiskan Liquid Wax selepas mencuci kenderaan untuk memastikan cermin kereta anda sentiasa ‘clear‘ pada hari hujan.

Lokasi: Robotic Carwash Wash & Go, kawasan parkir dalam Stampark, Taman BDC, Kuching.
Waktu beroperasi: Setiap hari (8.00pagi – 10.00pm)

image is not available
Sumber: Facebook

Lagi artikel menarik, anda boleh baca di bawah: