
Kota Kinabalu: Ketua jurulatih Badak Martin Stano kecewa selepas Sabah FC gagal meraih mata penuh menentang Sri Pahang FC dalam saingan Liga Super yang berlangsung di Stadium Likas pada Ahad.
Mereka sekadar seri 2-2 walaupun mendominasi persembahan terutama pada separuh masa kedua.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});“Saya agak kecewa dengan keputusan ini kerana kami boleh memenanginya. Persembahan kami baik secara keseluruhan dan kami dapat menentukan tempo.
“Pemain bekerja keras sejak minit pertama hingga minit terakhir. Kami dapat memberikan banyak tekanan. Akibatnya, Sri Pahang tidak mencipta peluang sebanyak kami dan kami berhak menjaringkan gol dan memenangi perlawanan.
SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more “Sasaran kami sentiasa menang. Semoga kami mampu meningkatkan prestasi dalam perlawanan seterusnya menentang KL City di laman sendiri,” katanya.
Sabah FC mendahului awal menerusi sepakan penalti Darren Lok pada minit ke-21 berikutan kekasaran terhadap Daniel Ting di dalam kotak.
AdvertisementWalau bagaimanapun, kegembiraan itu tidak lama. Sri Pahang berjaya menyamakan kedudukan tiga minit kemudian selepas sepakan jarak jauh Adam Nor Azlin terkena tiang dan masuk.
Mereka kemudian tanpa dijangka mendahului pada minit ke-44 menerusi satu lagi sepakan bertuah daripada Kpah Sean Sherman, apabila bola hantarannya masuk menerjah jaring.
AdvertisementGol penyamaan Sabah FC datang pada minit ke-60 dan ia merupakan satu lagi sepakan penalti yang disempurnakan Darren susulan kekasaran terhadap S Kummahran.
Sementara itu, ketua jurulatih Sri Pahang, Fandi Ahmad turut kecewa dengan keputusan tersebut.
“Kami kecewa kerana matlamat kami datang ke sini untuk mendapatkan mata penuh bagi memperbaiki kedudukan kami dalam liga.
“Secara keseluruhan, saya rasa kedua-dua pasukan bermain dengan baik dan mencipta banyak peluang, tetapi malangnya kami melakukan banyak kesilapan di bahagian belakang,” katanya.
Dengan keputusan ini, Sabah FC kekal di tangga ketiga dengan 33 mata di belakang Johor Darul Ta’zim FC (55) dan Selangor FC (42), manakala Sri Pahang di tangga kesembilan dengan 20 mata.

