Seri Pahlawan Muara rangkul Trofi Yang Dipertua Negeri Sabah

4 Jul 2022 • 12:45 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Pasukan Seri Pahlawan Awam Muara merangkul Trofi Yang Dipertua Negeri Sabah pada Perlumbaan Perahu Naga Antarabangsa FCAS ke-37 yang diadakan di Teluk Likas pada Ahad.

Pasukan yang dianggotai ahli tempatan dan dari Brunei itu membawa pulang hadiah tunai RM10,000 selepas menamatkan perlumbaan 800 meter dalam masa tiga minit 34.51 saat.

Pengurus pasukan Yorley Sara Francis mendedahkan bahawa pasukan dengan ahli dari tiga daerah berbeza dan Brunei itu hanya berlatih selama sebulan sebelum perlumbaan itu.