Sering Beri Layanan Buruk Kepada Arwah Suami, Wanita Dedah Ibu Mentua Terima ‘Kifarah’ Di Hujung Usia

Entertainment
1 Aug 2023 • 6:16 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Kitaran hidup kita boleh dikatakan lebih kurang sama, bagaimana acuan, begitulah kuihnya. Jika kita bersikap derhaka pada orang, tidak mustahil waris akan melakukan perkara yang lebih kurang sama kepada kita.

Kisah yang dikongsikan oleh seorang wanita di Facebook B40 Buat Perangai Apa Harini memberikan pengajaran bahawa kifarah itu memang benar. Menurut wanita ini, dia menyaksikan sendiri insiden tersebut.

 

Bagi layanan tak baik kepada bapa mentua

Menurutnya, sewaktu arwah bapa mentua masih hidup, dia selaku menantu bersama anak-anaknya selalu menyaksikan ibu mentuanya memberi layanan yang tak baik saat bapa mentuanya sudah uzur.

Katanya, arwah bapa mentuanya itu sering ditengking, dibebel dan ada kalanya ibu mentua berubah sikap menjadi malu untuk uruskan arwah bapa mentua jika kawan-kawannya datang ke rumah. Biarpun sedih melihatnya, dia sebagai menantu tidak berani untuk masuk campur.

Setelah arwah bapa mentuanya meninggal dunia, kini giliran ibu mentuanya pula jatuh sakit, ia ibarat perkara lebih kurang sama terjadi kepada wanita itu. Namun, wanita ini bersama menantu lain cuba yang sebaik mungkin untuk bantu tetapi ia sangat terhad kerana mempunyai komitmen sendiri dengan orang tua mereka.

“Hidup mak mentua sekarang ibarat apa yang dia buat dulu terhadap pak mentua.. Kadang najis pun tunggu anak pulang kerja baru ada yang basuh. Makan pun tiada nak sediakan. Sakit pun tak kunjung sembuh. Wallahualam.”

image is not available

Membaca kisah ini, ada netizen yang anggap bahawa ia patut dijadikan tauladan, bahkan ada juga yang mengatakan bahawa mungkin ibu mentuanya itu sudah penat, dalam masa yang sama ada juga yang mengecam tindakan anak-anaknya yang membiarkan ibunya sakit.

Apapun, harap cerita ini dapat dijadikan iktibar untuk sentiasa taat kepada orang tua kita. Malah, berharap agar kita tidak abaikan ibu atau bapa kita biarpun siapa diri mereka.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.