Sering Dilihat Bawa Anak Guna Stroller Sekitar Kuching, Keadaan Mat Salleh Ini Undang Prihatin Netizen

15 Oct 2022 • 4:12 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Kasih sayang seorang ayah

Sering Dilihat Bawa Anak Guna Stroller Sekitar Kuching, Keadaan Mat Salleh Ini Undang Prihatin Netizen. Sememangnya kasih seorang ayah amat sukar untuk kita lihat dari sudut pandangan yang kasar, sedangkan ungkapan ‘i love you’ jarang sekali terungkap.

Tetapi, apa yang membuatkan seorang ayah ini istimewa adalah mereka menujukkan kasih sayang dengan perbuatan dan jarang sekali dengan kata-kata. Dalam hati ada taman gitu.

Tular di laman TikTok apabila ada seorang pengguna intanmax berkongsi momen menyedihkan apabila terlihat sosok Mat Salleh sedang membawa anaknya menggunakan stroller di jalan raya sekitar bandar raya Kuching.

image is not available
Sering Dilihat Bawa Anak Guna Stroller Sekitar Kuching, Keadaan Mat Salleh Ini Undang Prihatin Netizen

Sering dilihat di atas jalan raya sekitar Kuching

Apa yang menarik perhatian adalah ini bukanlah pertama kali dia dilihat membawa anaknya menggunakan stroller di atas jalan raya, namun menerusi paparan video itu dapat dilihat raut wajahnya yang kepenatan tanpa diketahui hala tujunya.

Difahamkan, dia baru sahaja kehilangan isterinya yang menghidap kanser dan difahamkan kelibatnya juga sering dilihat di sebuah pusat beli-belah sekitar Kuching dan rata-rata netizen yang pernah berjumpa dengannya mengaggap dia seorang yang peramah.

@intanmax

Pengorbanan seorang ayah kepada anaknya….lokasi Kuching Sarawak… #fypsarawaktiktok #fyp

♬ Love Is Gone – 韩艺
Kredit: TikTok intanmax

Selain sering dilihat bersiar-siar bersama anaknya di sekitar Kuching, netizen juga pernah melihatnya di Miri membawa anaknya di dalam stroller berkaki ayam berjalan di sepanjang lebuh raya menuju ke destinasi yang ramai tidak tahu.

Melihat di ruangan balas, rata-rata warga maya berasa simpati dan sedih dengan keadaannya, mungkin kerana disebabkan kehilangan insan tersayang iaitu isterinya membuatkan dia ingin menenangkan fikiran untuk bersiar-siar di sekitar Kuching bersama anak-anaknya.

image is not available
Kredit: TikTok intanmax

image is not available
Kredit: TikTok intanmax

image is not available
Kredit: TikTok intanmax

image is not available
Kredit: TikTok intanmax

Semestinya, pengorbanan seorang ayah tunggal amatlah besar kerana berupaya membesarkan anak-anaknya tanpa bantuan orang lain. Bukan kerana tidak mahu dibantu, namun dia mampu menjaga.

Justeru, dengan situasi yang menimpa mat salleh ini diharap dapat menjadi contoh dan tauladan untuk semua bahawa kasih seorang ayah itu amatlah luas tanpa unkapan kata, namun dengan perbuatan sahaja sudah mencukupi.

image is not available
Kredit foto: FB Ema Elly

Lagi cerita menarik di sini: