Tular Anjing Dilihat Mandi Di Kolam Taman Awam Miri Undang Resah Netizen

19 Sep 2022 • 4:33 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Alamak, macam mana boleh masuk kolam pulak ni

Tular Anjing Dilihat Mandi Di Kolam Taman Awam Miri Undang Resah Netizen. Melihat sahaja kolam renang, kanak-kanaklah individu yang paling teruja. Laju sahaja kaki mereka melangkah menuju tempat berkenaan untuk mandi dan bermain air di dalamnya.

Mahu atau tidak, ibu bapa juga perlulah mengawasi mereka. Kadangkala ibu bapa akan turut serta berendam di dalam air kolam tersebut. Kadangkala ada juga kes yang mana haiwan peliharaan turut serta berendam di kolam yang sama.

image is not available
Tular Anjing Dilihat Mandi Di Kolam Taman Awam Miri Undang Resah Netizen

Anjing tersebut berada di taman di tengah-tengah kolam

Jika ia melibatkan haiwan yang bernajis berat seperti anjing, sudah tentu ianya mengundang resah orang awam terutamanya yang beragama Islam.

Baru-baru ini di Facebook telah tular satu gambar terdapat seekor anjing dilihat di tengah-tengah kolam di Taman Awam Miri. Anjing tersebut berada di kawasan taman permainan yang terletak di tengah-tengah kolam.

Walau bagaimanapun, belum dikenal pasti bahawa anjing berwarna hitam tersebut adalah anjing peliharaan ataupun anjing liar.

image is not available
Tular Anjing Dilihat Mandi Di Kolam Taman Awam Miri Undang Resah Netizen

https://www.facebook.com/ajinahbidin.ajinahbidin.7/posts/pfbid033Ymz5tgK8gmcaqsBwSdu9cEu4zyGLUM1wPLcEhEpqvY5J6xydebQU6WdyaRhAzC7l

Perkara ini telah membuat orang ramai resah

Perkara ini telah menggusarkan hati orang ramai di Miri kerana tempat tersebut merupakan tempat yang terbuka untuk umum. Ada sesetengah yang bengang terhadap pihak yang menjaga tempat tersebut kerana memandang perkara ini sebelah mata sahaja.

Menerusi ruangan komen, ada yang memberitahu bahawa perkara ini bukan berlaku sekali sahaja kerana tempat tersebut tiada penjaga.

image is not available
Sumber: Facebook

image is not available
Sumber: Facebook

Lagi artikel menarik anda boleh baca pautan di bawah: