Sering Terima Mesej Spam, Ini Cara-Cara Untuk Anda Sekat Terima Pesanan Tidak Dikenali

3 Aug 2022 • 5:32 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Dah delete, datang lagi satu

Sering Terima Mesej Spam, Ini Cara-Cara Untuk Anda Sekat Terima Pesanan Tidak Dikenali. Korang mesti selalu terima mesej yang pelik-pelik dekat imessage kan? Siap ada yang offer kerja lah, cabutan bertuah lah, dan macam-macam lagi.

Di sini min memberitahu terdapat satu trik untuk anda sekat pesanan yang tidak dikenali menerusi iOS. Tak perlu susah-susah padam mesej setiap kali menerima pesanan spam. Aturan ini boleh diguna pakai bagi mana-mana pengguna iOS.

image is not available
Sering Terima Mesej Spam, Ini Cara-Cara Untuk Anda Sekat Terima Pesanan Tidak Dikenali

Min dapat tahu trik ni pun melalui komen milik Facebook Fadzil Ashari. Jom, min terangkan lagi dengan lebih terperinci!

1

Buka Tetapan / Settings

Scroll ke bawah sehingga anda menemui Messages, atau anda boleh menaip ‘imessages’ di ruangan pencarian di atas. Klik ikon tersebut.

image is not available
Sering Terima Mesej Spam, Ini Cara-Cara Untuk Anda Sekat Terima Pesanan Tidak Dikenali

image is not available
Facebook Fadzil Ashari

2

Klik 'Send & Receive'

Scroll sehingga anda dapat melihat ikon ‘Send & Receive’ dalam tetapan imessage tersebut. Di sini anda dapat lihat arahan ‘You can receive imessage to anda reply from’, lalu tekan untuk untick pada bahagian email anda.

image is not available
Sumber gambar: iloveborneo

3

Tekan 'Filter Unknown Senders'

Tekan butang back, kemudian scroll lagi di bawah sehingga anda nampak ‘Filter Unknown Senders’ Untuk memudahkan anda melihat mesej yang anda terima dari kenalan anda dan yang bukan dari kenalan anda. Mudah kan?

image is not available
Sumber gambar: iloveborneo

image is not available
Sumber gambar: iloveborneo

Harap langkah-langkah yang ditunjukkan ini dapat memudahkan anda. Kalau nak delete setiap kali menerima mesej spam macam ni memang tak sampai kesudahanimage is not available

Tahukah anda bahawa kerajaan bakal kenakan cukai terhadap pembelian barang dari luar negara bawah RM500. Baca lebih lanjut di bawah: