“Seringgit je kot!”- Individu Sanggup Cucuk Kereta Depan Sebab Tak Nak Bayar ‘Parking’

Entertainment
23 Mar 2023 • 11:02 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Isu kereta di lebuh raya enggan bayar tol dan bertindak ‘mencucuk’ kereta depan seakan menjadi satu trend sekarang.

Namun, baru-baru ini tular satu video yang memaparkan sebuah kereta meghimpit kereta di hadapannya hanya kerana tidak mahu membayar tiket tempat letak kereta.

Video rakaman dashcam berdurasi 21 saat itu memaparkan sebuah kereta jenis Perodua Ativa yang datang dari belah kanan dan terus mencucuk kereta depan.

Menurut pengguna Twitter @paultantk, insiden tersebut berlaku di pusat beli-belah Plaza Shah Alam dan video berkenaan juga tular di WhatsApp.

Parking murah kot”

Video tersebut menarik perhatian ramai netizen, rata-rata mereka kecam pemandu tersebut dan marah dengan perbuatan itu.

Menjengah ke ruangan replies, difahamkan caj parking di pusat beli-belah berkenaan hanyalah RM1 malah ada juga ruangan tempat letak kereta di bahagian luar mall berkenaan yang murah dan percuma pada hujung minggu.

image is not available

Selain itu, ada juga pengguna Twitter yang memberitahu perkara ini sering berlaku di Singapura dan seakan sudah menjadi fenomena di sana.

image is not available

Haish, bayar je lah parking tiket tu….

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.