“Seronok Ke Tinggalkan Kami?” – Dari Gary Ke Lee Kwangsoo, Ahli ‘Running Man’ Seru Ahli Lama

Music
14 Apr 2024 • 7:37 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

14 tahun berlari, “Running Man” akhirnya menayangkan episod ke-700 hari ini.

Sempena sambutan hari istimewa itu, kesemua ahli menjalani misi di mana semangat pasukan mereka diuji hingga ke akhir episod. Malah mereka sempat berkongsi perasaan mengenai pencapaian menakjubkan itu. Kata Yang Se-chan,

Wow, saya tak sangka saya berada di sini.

Usik Ji Suk-jin,

Awak menyertai kami di tengah-tengah program.

Balas Yang Se-chan,

Saya bermula sejak episod ke-346. Saya lebih lama dari Gary.

Dalam pada itu, kesemua ahli sempat mengingati ahli lama. Kata Ji Suk-jin,

Apa khabar Joong-ki? Apa khabar Gary? Kwang-soo, So-min, kalian gembira ke? Gembira tinggalkan kami? Tahu tak kenapa saya dah jadi orang tua, sebab saya dah sertai program ini selama 15 tahun.

Korang rindu tak ahli lama?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.