“Seronok Tau Perasaan Berlakon Tak Bersentuhan” – Jaga Batas Dengan Aktor, Nora Danish Rasa Mahal & Harga Diri Naik

LocalEntertainment
30 Sep 2024 • 2:12 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sedia maklum, pelakon jelita, Nora Danish memaklumkan kepada orang ramai pada Jun lalu bahawa dia sudah pun menukar imej dengan memakai hijab dan kecantikan aktres itu selepas menutup aurat sememangnya meraih perhatian ramai.

Rasa harga diri naik bila tak bersentuhan

Terbaru, Nora memberitahu kepada pihak media bahawa dirinya rasa berbeza apabila berlakon tetapi tidak bersentuhan dengan aktor lelaki seperti sebelum dirinya berhijab.

image is not available

Kata Nora, menjaga batas dengan pelakon lelaki membuatkan dia rasa harga dirinya naik, jika hendak dibandingkan dengan lakonan sebelum ini.

Dalam proses hafal surah Al-Mulk

Seronok tau perasaan berlakon tak berpengangan tangan, bersentuhan. Orang semua tahu kalau selama ni Nora berlakon, kalau tak berpegangan tu bukan Nora lah kan. Tak perlu sentuh memang perasaan dia lain sangat, rasa macam mahal dan naik harga diri.

Dalam pada masa yang sama, pelakon tersebut turut berkongsikan perkembangan diri, di mana kini dia sedang dalam proses menghafal surah Al-Mulk, selain mengajak orang ramai membuat perkara sama.

Sekadar info, Nora memberitahu bahawa dirinya kerap menghadirkan diri ke majlis ilmu agama sejak Mei tahun lalu dan itu merupakan salah satu faktor dia membuat keputusan untuk berubah.

image is not available 3 months ago

"Saya Malu Dengan Diri Sendiri" - Sering Pergi Majlis Ilmu Antara Faktor Nora Danish Berhijab