“Rasa Macam Diri Tu Mahal” – Netizen Seronok Dengar Kisah Hijrah Nora Danish, Doa Semoga Istiqamah

LocalEntertainment
30 Sep 2024 • 12:33 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
nora danish

Seperti yang diketahui ramai, pelakon jelita, Nora Danish telah tampil dengan imej berhijab sekitar Jun lalu.

Imej tersebut menyebabkan Nora tidak lagi bersentuhan dengan lelaki atau berpegangan tangan ketika berlakon.

image is not available

Ujar Nora, dia sangat seronok dan merasakan harga dirinya lebih mahal. Dia gembira keluar rumah bertudung dan apabila berjumpa orang juga dia hanya tunduk tanpa bersalaman.

Eh seronok tau, perasaan ni betul-betul Nora tak tipu. Selama ini dalam hidup Nora kalau berlakon tak touch tu bukan Nora Danish lah kan. Tapi bila berlakon yang terbaru ni, macam tak perlu sentuh.. dia punya feeling tu lain. Rasa macam mahal.

Dalam pada itu, Nora Danish berterima kasih kepada orang ramai yang sentiasa mendoakan kebaikan buat dirinya.

Ujar pelakon ini, sebagai selebriti dia sentiasa menerima kecaman dan ada juga yang mendoakan kebaikan.

image is not available

Nora menganggap doa yang baik-baik telah dimakbulkan Allah SWT sehingga dia terdetik untuk bertudung.

Nora bukan tiba-tiba nak berhijrah pun, Nora ada fasa yang Nora betul-betul terusik dalam hati. Rasa macam eh sampai bila? Nora pun dah berumur. So Nora mula pergi kelas tadabbur lebih awal, macam dua tahun selepas itu baru macam-macam dugaan menimpa Nora. Bekas husband sakit apa semua, masa itulah Nora betul-betul terbuka hati.

Aktres berusia 42 tahun ini tidak dapat memberi nasihat mengenai hijrah tetapi bersyukur Allah SWT menjentik hatinya.

Di ruangan komen, netizen mendoakan semoga Nora Danish kekal beristiqamah menjadi muslimah yang lebih baik.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Instagram Hibglam | Media Hiburan


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved