“Seronok Tengok Kebaikan Macam Ni” – Duit ‘Rider’ Bertaburan Atas Jalan Raya, Ramai Orang Awam Turun Kereta & Motor Tolong Kutipkan

10 Apr 2025 • 2:05 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Dalam dunia yang banyak kekejaman dan kejahatan yang berlaku ketika ini, sebagai manusia sudah tentu kita akan gembira melihat kebaikan yang berlaku di sekeliling.

Seperti video yang tular di media sosial ini, kejujuran dan kebaikan orang awam membantu individu yang tidak dikenali menyentuh hati ramai.

Rakaman itu diambil daripada dashcam sebuah kereta di tempat kejadian dan memaparkan wang kertas milik seorang penghantar makanan bertaburan di atas jalan raya selepas dompetnya terjatuh.

Penghantar makanan tersebut dilihat mengutip satu per satu dalam keadaan kelam kabut sebelum berlari untuk mengalihkan motosikalnya. Dalam keadaan trafik yang sesak, satu per satu orang awam dilihat membantu penghantar makanan itu mengutip duitnya.

Ada yang keluar dari kereta dan beberapa penunggang dilihat memberhentikan motosikal dan turut sama-sama membantu.

Sikap prihatian orang awam yang dilihat menerusi video berkenaan telah mencuri perhatian dan menyentuh hati ramai netizen.

Rata-ratanya berkata video tersebut membuktikan masih ramai orang yang baik hati dan saling bantu membantu di saat ada yang memerlukan bantuan.

Beberapa individu mengakui air mata mereka bergenang selepas menonton video pendek tersebut gara-gara kebaikan yang ditunjukkan masyarakat.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 3 days ago

Bantu Operasi Mencari & Menyelamat, Warga Myanmar Di Malaysia Bagi Kejutan Istimewa Buat Anggota SMART