Sertai MALBATT 850-12, anak sebak saat disuap nasi lemak sambal udang bapa sebelum berpisah

LocalPolitics
20 Nov 2024 • 5:55 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available

Reaksi seorang anak sebak saat disuap nasi lemak sambal udang oleh bapanya sebelum pergi menabur bakti dengan menyertai Kontinjen Malaysian Battalion (MALBATT 850-12) membuatkan ramai turut merasai kesedihan.

Menerusi hantaran video berdurasi empat puluh dua saat itu, dilihat seorang bapa sedang menyuap anak bongsu perempuanya sambil diperhatikan oleh isteri.

@cik_farah93

edit caption..ada yang trigged plak..terima kasih yang mana mendoakan keselamatan adik bongsu kami Alhamdulilah suapan nasi lemak sambal udang , ayah mak untuk anak bongsunya..jumpa lain hari plak adik.. #sambaludang #anakmakayah #sibongsukami

♬ original sound - KKBOX - Momotaro Sanz

Namun, apa yang membuatkan ramai tersentuh apabila anggota wanita MALBATT 850-12 itu tidak dapat menahan sebak lalu menyeka air mata selepas bapanya menyuap nasi lemak sambal udang kepadanya.

image is not available

image is not available

Anak sebak saat disuap

Menurut si kakak, dia hanya sekadar berkongsi momen adik bongsunya bersama ibu bapa, lebih-lebih lagi sambal udang merupakan makanan kegemarannya.

Dia dikenali Farah Radzi menzahirkan terima kasih kepada orang ramai yang tidak henti mendoakan keselamatan adik bongsunya.

“Alhamdulillah, suapan nasi lemak sambal udang, ayah mak untuk anak bongsunya.
“Jumpa lain hari pula,”tulisnya ringkas di ruangan kapsyen hantaran tersebut.
image is not available

image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available

image is not available

Pada 18 November lalu, kumpulan keempat MALBATT 850-12 (Kontinjen Malaysian Battalion) berlepas ke Lubnan bagi misi pengaman dan kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Kontinjen MALBATT 850-12 secara keseluruhannya berkekuatan 854 anggota, terdiri daripada 82 pegawai dan 772 anggota LLP, termasuk 3 pegawai dan 27 anggota dari Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) serta seorang Pegawai Kewangan Awam dari Kementerian Pertahanan.

Bagi memastikan kelancaran misi, semua anggota kontinjen MALBATT 850-12 telah menjalani latihan intensif, selain persiapan mental dan fizikal sebelum diaturgerakkan.

Sumber: TikTok cik_farah93