Sertai misi kemanusiaan, majlis konvokesyen pelajar UiTM diraikan di Afghanistan

23 Jun 2022 • 10:48 AM MYT
Sinar Bestari
Sinar Bestari

Portal Pilihan Guru-Pelajar-Sekolah serta IPTA/IPTS

image is not available

Majlis konvokesyen merupakan antara detik yang dinantikan oleh para graduan setelah bertahun-tahun bertungkus-lumus menimba ilmu.

Kebiasaannya, graduan akan bersama-sama ibu bapa dan keluarga untuk merakamkan gambar kenangan pada hari yang bersejarah itu.

Namun, agak berbeza bagi Jhazfazliel Idlan Shya J Hamsah, 24 apabila majlis konvokesyen yang sepatutnya diraikan di Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam, Selangor telah bertukar lokasi secara tidak rasmi di Kunar, Afghanistan.

Menurutnya, dia sepatutnya menghadiri majlis konvokesyen pada hari Selasa lalu tetapi masih berada di Kunar, Afghanistan bersama tiga lagi sukarelawan dari Malaysia.

“Walaupun perasaan saya bercampur baur, namun pengalaman dan memori yang mereka berikan sangat mahal nilainya untuk disimpan sebagai kenangan.

image is not available
Kredit foto: Fauzrina Bulka (MalaysiaAktif)

“Kemungkinan saya juga adalah graduan Malaysia yang paling banyak menerima kalungan bunga pada hari konvokesyen,” jelasnya dalam satu kenyataan, baru-baru ini.

Pelajar jurusan kejuruteraan mekanikal itu diraikan dalam satu majlis ringkas oleh rakan kerjasama di Madrasah Ulum Al-Islami Sawkay, Kunar.

Idlan yang juga berasal dari Tawau, Sabah merupakan salah seorang daripada empat sukarelawan dari negara ini yang dihantar oleh Malaysian Relief Agency (MRA) ke Afghanistan sejak April lalu untuk misi kemanusiaan.

Sumber: Malaysiaaktif

Artikel berkaitan


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved