Sertai Program Realiti Hiburan, Ramai Puji Suara Anak Sulung Allahyarham Suhaimi Saad & Ina Naim

EntertainmentMusic
14 Aug 2025 • 11:07 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Semalam, telah berlangsung sidang media untuk memperkenalkan program realiti hiburan terbaru Astro, Talk TO My Manager yang menguji bakat dan legasi keluarga di pentas hiburan.

Program itu membawa konsep pasangan pengurus dan artis yang terdiri daripada ibu bapa selebriti bersama anak mereka di mana artis tersebut bertindak sebagai pengurus dan anak pula sebagai penghibur.

Ketika sidang media itu, satu per satu pengurus (selebriti) dan penghibur (anak) diperkenalkan dan salah seorangnya adalah Ina Naim bersama anak lelakinya bernama Hadie.

image is not available

Ramai puji suara Hadie sedap

Video yang memaparkan Hadie menyanyikan lagu Andai Ku Tahu nyanyan asal kumpulan Ungu telah meraih perhatian ramai di laman sosial TikTok.

Ramai yang memuji vokal Hadie yang lunak dan berbakat malah turut menyamakan suaranya dengan bekas juara Akademi Fantasia musim ketiga iaitu Mawi.

Dalam pada itu, rata-rata individu yang mendoakan agar perjalanan Ina Naim dan Hadie di program realiti tersebut selain turut menyatakan sokongan mereka.

image is not available

Sekadar info, Hadie atau nama sebenarnya Ehmad Hadie Elfardie, 17, merupakan anak kepada Ina Naim dan Allahyarham Suhaimi Saad.

Program Talk To My Manager turut menampilkan ibu bapa selebriti lain iaitu Ameng, Siti Saerah, Aziz M. Osman, Sharifah Shahirah, Shuib, Sharifah Zarina dan Liza Hanim bersama anak masing-masing.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 2025-08-09 11:47:42

"Juara Lagu Soon.." - Video 'Mic Drop' Buat Netizen Tertanya, 'Pocket Rocketman' Bakal Bergelar Penyanyi?