“Sumbangnya” – Nyanyi Bersama Anak, Sharifah Zarina ‘Dibahan’ Netizen?

EntertainmentLifestyle
14 Aug 2025 • 11:23 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pelakon dan penyanyi Sharifah Zarina baru-baru ini tampil bersama anaknya sebagai peserta dalam program realiti nyanyian terbaru Astro, Talk To My Manager. Pasangan ibu-anak ini membawakan lagu popular Langit Ke-7 bagi cabaran mereka di pentas rancangan berkenaan.

Namun, penampilan mereka menarik pelbagai reaksi netizen. Walaupun ramai menghargai usaha Sharifah Zarina untuk memperkenalkan bakat anaknya, rata-rata menegur kualiti vokal mereka yang dirasakan kurang memukau dan tidak begitu menyenangkan telinga.

Beberapa komen menyatakan bahawa persembahan itu kurang mantap berbanding peserta lain, namun tetap menghargai keberanian ibu dan anak itu untuk tampil berani di pentas nyanyian.

image is not available

Kita tunggu dahulu rancangan ini bersiaran, mungkin akan ada kejutan memukau!

image is not available 2023-11-22 12:26:08

"Benda Takde Kaitan Dengan Aku" - TikTok 'Diserang' Sebab Isu Ibu Nyanyi 'Kelaut', Anak Sharifah Zarina Bersuara