Seruan Global: GSF Cari Kapten Terakhir, Kemudi Kapal Sertai Konvoi Solidariti

WorldPolitics
29 Apr 2026 • 4:41 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Global Sumud Flotilla (GSF) melancarkan seruan terakhir kepada kapten dan pelaut berpengalaman dari seluruh dunia untuk menyertai misi maritim ke Gaza bagi mencabar sekatan yang dikenakan ke atas wilayah itu.

Menerusi hantaran di Instagram rasmi, organisasi itu memaklumkan armada mereka kini hampir lengkap selepas latihan laut, pemeriksaan keselamatan dan persiapan kru selesai dilaksanakan.

Perlu kapten untuk kemudi kapal

Menurut kenyataan tersebut, keperluan kini tertumpu kepada beberapa posisi terakhir kapten bagi memimpin kapal flotila dalam misi solidariti itu.

“Kapten dan pelaut seluruh dunia, kami memerlukan anda.
“Ini adalah misi maritim untuk mencabar sekatan ke atas Gaza dan membawa mesej solidariti di lautan,” menurut hantaran tersebut.

image is not available

Seru individu kendali vesel

GSF turut menyeru individu berpengalaman mengendalikan vesel untuk tampil segera bagi melengkapkan kru, sekali gus memastikan perjalanan misi dapat diteruskan.

image is not available

Difahamkan, sebanyak 56 kapal telah memulakan pelayaran dari Pelabuhan Catania, Itali menuju ke perairan antarabangsa dalam misi kemanusiaan ke Gaza.

GSF 2.0 merupakan gerakan antarabangsa tanpa kekerasan yang menghimpunkan delegasi pelbagai negara bagi menghantar bantuan serta mewujudkan koridor bantuan awam secara berterusan.

Sumber: Instagram globalsumudflotilla

The post Seruan Global: GSF Cari Kapten Terakhir, Kemudi Kapal Sertai Konvoi Solidariti appeared first on Borak Daily.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved