Sesak nafas sebelum hembus nafas terakhir, Mael XPDC meninggal dunia pada usia 55 tahun

Entertainment
28 Apr 2023 • 3:19 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available

Sesak nafas sebelum hembus nafas terakhir, Mael meninggal dunia pada usia 55 tahun

VOKALIS kumpulan XPDC Syed Ismail Syed Ibrahim atau Mael kini tiada lagi. Bintang rock berusia 55 tahun itu menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Muar, Johor.

Pemergian Mael sekitar jam 9.30 malam pada 6 Syawal dimaklumkan oleh anak perempuannya, Sharifah Irfatasha, menerusi satu kiriman teks menerusi WhatsApp kepada Astro Awani.

image is not available

“Adalah dengan amat sedihnya dimaklumkan bahawa bapa saya meninggal dunia di Hospital Muar pada Khamis, 27 April 2023, lebih kurang jam 9.30 malam.”

Berita itu turut dikongsikan menerusi akaun Facebook pengurus kumpulan Slam, Johan Aziz berdasarkan hantaran Facebook pengurus kumpulan XPDC yang dikenali sebagai Bro Yazid.

Menurut portal media tempatan, difahamkan Allahyarham meninggal dunia akibat sesak nafas. Jenazah Mael dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Al-Raudah, Batu 6 Bakri, Muar.

image is not available
Kredit foto: Bro Yazid

Mael adalah legenda rock tanah air yang mempunyai vokal yang unik. Allahyarham terdahulu menubuhkan Tragedy pada 1985 sebelum nama ditukar kumpulan itu kepada XPDC pada tahun 1988.

Mael setia bersama dengan XPDC dan melahirkan beberapa album iaitu Darjah Satu, Timur Barat, Kita Peng-Yu dan Brutal.

Beliau mengundurkan diri pada 1997 dan vokalis kumpulan tersebut digantikan dengan Ali Terra Rossa.

Album terakhir Mael bersama XPDC, Brutal terjual melebihi 350,000 unit sekali gus mencatat rekod pencapaian jualan terbaik kumpulan itu sehingga kini.

Foto: Bernama

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami diTwitter, Instagram, YouTube& Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi