XPDC Batalkan Persembahan Sebagai Tanda Penghormatan Buat Mael

Entertainment
28 Apr 2023 • 6:16 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Baru-baru ini berita tentang pemergian vokalis kumpulan XPDC iaitu Mael bukan sahaja membuatkan peminat muzik terkejut namun, anggota kumpulan berkenaan juga masih lagi dalam keadaan tidak percaya.

Drummer XPDC, Amy Suhaimi Abu Bakar memberitahu, kali terakhir dia berkomunikasi dengan Mael adalah pada 1 Syawal menggunakan Whatsapp bagi mengucapkan selamat hari raya dan saling bermaaf-maafan.

“Saya memang terkejut apabila mendapat panggilan daripada pengurus kami memaklumkan Mael sudah meninggal dunia.”

“Masa hari raya pertama, kami berhubung menerusi Whatsapp dan waktu itu dia okay sahaja.. kami tidak bersempat menziarahi satu sama lain tetapi ada berhubung menerusi telefon,” katanya.

Amy berkongsi tentang perkara tersebut ketika ditemui pada upacara pengebumian Mael di Tanah Perkuburan Islam Al-Raudah, Bakri Batu 5, Muar, Johor pada pagi tadi.

image is not available

image is not available

Dalam pada masa yang sama, Amy mendedahkan kumpulan mereka sepatutnya menjayakan sebuah persembahan di Kedah dan Serdang pada 5 dan 6 Mei ini bagaimanapun, hasrat itu tidak kesampaian.

XPDC juga telah merangka beberapa persembahan lain namun semua perancangan itu dibatalkan bagi memberi penghormatan atas pemergian Mael.

“Ada dua persembahan yang sudah confirm pada 5 dan 6 Mei ini. Tapi kami akan berehat seketika daripada sebarang persembahan bagi memberi penghormatan atas pemergian Allahyarham,” jelasnya

image is not available

Pada Khamis, Mael menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sultanah Fatimah, Muar, Johor kira-kira pukul 9:30 malam.

Mael sebelum itu dikejarkan ke hospital berkenaan selepas mengadu sesak nafas pada lewat petang Khamis sebelum disahkan meninggal dunia.

Sumber: mStar

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.