Sesak teruk di Karak akibat kemalangan lori treler, pengguna dinasihat tangguh perjalanan

LocalCars
11 Oct 2024 • 6:45 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KUALA LUMPUR – Satu kemalangan melibatkan sebuah lori treler di Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak petang tadi, mengakibatkan kesesakan teruk dengan jarak perjalanan dari Genting Sempah ke Gombak dianggarkan mengambil masa kira-kita empat jam.

Gambar dan video kejadian tersebut kini tular di media sosial, yang memaparkan lori tersebut terbakar dan dalam keadaan melintang serta menghalang laluan.

Menurut Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), kemalangan itu berlaku di KM 27.8 arah Barat dari Gombak ke Plaza Tol Gombak.

LLM juga memaklumkan, ketika ini semua lorong terhalang dan trafik tidak bergerak.

“Semua lorong terhalang. Trafik terhenti. Sila guna laluan alternatif keluar ke Persimpangan Genting Sempah bagi kenderaan dari Timur ke KL,’’ kata LLM menerusi aplikasi X.


LLM turut menasihatkan orang ramai menangguhkan perjalanan dan berhenti rehat di hentian Rehat dan Rawat (R&R) Genting Sempah.

“Pandu dengan berhati-hati dan patuhi arahan petugas di lokasi,’’ katanya.

Dalam pada itu, orang ramai meluahkan kebimbangan, apatah lagi kemalangan itu berlaku menjelang cuti hujung minggu ketika mereka mengambil peluang ke pantai timur. - 11 Oktober, 2024