Sesi Bertemu Peminat ‘Shooting Star Asia’ Bersama Bright, Win, Dew Dan Nani Berlangsung Penuh Meriah!

Music
15 Nov 2022 • 6:32 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Sesi bertemu peminat 'Shooting Star Asia' melibatkan empat selebriti popularThailand. - Gambar oleh Aco Media

Baru-baru ini telah berlangsung sesi bertemu peminat ‘Shooting Star Asia’ yang melibat empat selebriti popular dari Thailand yang merupakan pelakon siri Boys Over Flowers. 

Mereka adalah  Bright Vachirawit, Win Metawin, Dew Jirawat and Nani Hirunkit 

Sesi bertemu peminat anjuran Aco Media dan Asia Momentum Media (AMM) ini berjaya mengegarkan pentas di Pusat Konvensyen Tropicana Garden Mall, baru-baru ini. 

Pentas pada malam itu dibuka dengan persembahan dari keempat-empat mereka yang menyampaikan lagu ‘Who Am I’. 

image is not available
Gambar oleh Aco Media

Menerusi sesi temubual di atas pentas, mereka berempat berasa amat teruja dengan sambutan hangat dari para peminat di Malaysia memandangkan ini kali pertama mereka mengadakan sesi bertemu peminat seperti ini di Malaysia. 

Mereka kemudian menghadiahkan kata-kata 'Aku Cinta Padamu' dan 'Kamu Sangat Cantik' kepada peminat yang hadir sekali gus mengundang sorakan peminat yang terpesona dengan bahasa Malaysia mereka. 

image is not available
Gambar oleh Aco Media

Menerusi sesi temubual berkenaan, mereka juga mendedahkan bahawa mereka kini dalam persediaan bagi konsert “Side by Side Bright Win” yang dijadualkan pada bulan Disember ini.

Bright juga memaklumkan bahawa beliau kini sibuk dengan pelancaran album solonya, tetapi tidak mendedahkan butiran lanjut supaya dapat memberikan kejutan kepada peminat. 

image is not available
Sesi temu ramah bersama Bright. - Gambar oleh Aco Media

Nani pula berkongsi bahawa beliau kini dalam persediaan bagi sebuah projek yang besar dan mengingatkan penonton supaya sabar menanti pengumuman rasmi selepas ini.

Nani kemudian menyanyikan lagu “Best Life”, iaitu salah sebuah lagu tema bagi “Boys Over Flowers” versi Thai diikuti Dew dengan lagunya “In the Wind”.

Kedua-dua mereka berjaya menghiburkan peminat dengan persembahan menakjubkan.

image is not available
Aksi Nani ketika beraksi di pentas. - Gambar oleh Aco Media

Sesi bertemu peminat juga diserikan dengan sesi soal jawab (game) bagi keempat-empat selebriti berkenaan.

Apa yang melucukan, Dew dan Nani telah memberikan jawapan yang salah ketika ditanya mengenai nama lagu baru bagi Bright.

Bright kemudian berpura-pura kecewa dan meminta peminat memberikan jawapan kepada Dew dan Nani. 

image is not available
Gambar oleh Aco Media

Menerusi sesi soal jawab, Win juga mendedahkan bahawa namanya adalah dipetik daripada sebuah majalah.

Selepas temubual kedua mereka, Win kemudian mempersembahkan lagu tema versi Thai iaitu “That Person Must Be You”(Kon Nun Tong Pen Tur). 

image is not available
Win - Gambar oleh Aco Media

Bright kemudian menghangatkan lagi persembahan dengan lagu solonya iaitu “Lost & Found”.

Selepas lagu solo Bright, Win, Dew dan Nani, kesemua mereka dijemput semula ke atas pentas bagi sesi temubual yang seterusnya.

image is not available
Bright ketika beraksi dipentas. - Gambar oleh Aco Media

Menerusi sesi temubual berkenaan, keempat-empat mereka berjanji akan datang lagi ke Malaysia untuk bertemu peminat kerana terharu dengan semangat membara yang diberikan peminat Malaysia.

Para peminat juga berkesempatan menyediakan sebuah video yang memaparkan detik-detik melucukan dan menyentuh hati sepanjang perjalanan idola mereka.

Di akhir video itu, para peminat mengucapkan “Selamat Hari jadi” kepada Dew dan Nani yang telah menyambut hari lahir pada 30 Oktober lalu. 

image is not available
Suasana gamat dan meriah dengan kehadiran peminat. - Gambar oleh Aco Media

Pihak  penganjur turut memberi kejutan dengan menyediakan kek hari jadi kepada Dew dan Nani.

Para peminat yang hadir kemudian menyanyikan lagu “Selamat Harijadi” secara beramai-ramai buat kedua-dua idola mereka.

Mereka berempat kemudian menutup tirai persembahan dengan lagu “Shooting Star”. – Getaran, 15 November 2022