Sesi libat urus JPJ, penganjur RXZ Members esok

11 Aug 2026 • 5:42 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

jpj

jpj

KUALA LUMPUR : Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan mengemukan beberapa cadangan penambahbaikan kepada penganjur perhimpunan RXZ Members bagi memastikan kelancaran program berkenaan pada masa akan datang.

Cadangan itu akan dikemukakan dalam satu pertemuan  libat urus di antara jabatan itu dengan penganjur RXZ Members di Ibu Pejabat JPJ di Putrajaya, esok.

Pengarah Kanan Penguatkuasa JPJ, Datuk Muhammad Kifli Ma berkata, sesi yang dijadualkan pada 2.30 petang itu adalah yang pertama diadakan JPJ bersama penganjur RXZ Member. 

Jelasnya, libat urus ini bagi mendapatkam pandangan daripada penganjur berkaitan dengan program mereka selain JPJ juga akan mencadangkan beberapa penambahbaikan untuk memastikan kelancaran program RXZ Member. 

“Kami bukan mahu menyekat program RXZ Member tetapi apa yang paling penting ialah kami mahu memastikan keselamatan pengguna jalan raya bukan hanya kepada peserta sendiri tetapi seluruh pengguna jalan raya. 

 “Contohnya penganjuran yang lalu merekodkan 11 kematian dan daripada kematian itu ada yang terbabit adalah bukan peserta,” katanya pada sidang media Op Ekstrem di Pejabat JPJ Kuala Lumpur di sini, hari ini. 

Justeru itu, pihaknya mahu memastikan penganjuran program berkenaan mematuhi semua prosedur operasi standard (SOP) bagi memastikan memastikan kelancaran dan keselamatan pengguna jalan raya. 

Pada 2 Ogos lalu, media melaporkan, JPJ akan mempertingkatkan penguatkuasaan terhadap peserta program himpunan motosikal termasuk RXZ Members dan mengadakan sesi libat urus dengan penganjur susulan kemalangan yang sering dikaitkan dengan penganjuran acara itu.

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli dilaporkan berkata, pihaknya tidak menghalang penganjuran program permotoran, namun semua peserta diwajibkan mematuhi undang-undang jalan raya dan peraturan teknikal kenderaan.

JPJ katanya, sudah memberikan nasihat kepada penganjur dan peserta supaya memastikan kenderaan berada dalam keadaan selamat, mematuhi semua peraturan sepanjang perjalanan ke lokasi dan semasa acara berlangsung.-UTUSAN

The post Sesi libat urus JPJ, penganjur RXZ Members esok appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved