Sesi PdP secara dalam talian, hibrid buat pelajar dan pengajar beragama hindu - KPT

LocalPolitics
26 Oct 2024 • 6:27 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
KPT memberikan kemudahan sesi PdP secara dalam talian atau hibrid khusus kepada pelajar serta pengajar beragama hindu bermula 28, 29 dan 30 Oktober serta 1 November ini. - Gambar hiasan

PUTRAJAYA - Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) memberikan kemudahan sesi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) secara dalam talian atau hibrid khusus kepada pelajar serta pengajar beragama hindu selama empat hari iaitu pada 28, 29 dan 30 Oktober serta 1 November ini.

KPT dalam kenyataan hari ini memaklumkan langkah itu adalah bersempena dengan sambutan perayaan Deepavali pada Khamis ini.

"Pelaksanaan ini adalah bertujuan untuk memudahkan urusan pelajar dan pengajar beragama Hindu untuk meraikan sambutan Deepavali bersama keluarga masing-masing.

"Di kesempatan ini, kementerian juga ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Deepavali kepada semua pelajar, pengajar, warga KPT dan seluruh rakyat Malaysia yang beragama Hindu," menurut kenyataan itu. - Bernama