Sesi permukiman Jemaah Menteri ketiga tidak lama lagi - PM

LocalPolitics
3 Jan 2025 • 10:08 AM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KUALA LUMPUR: Sesi permukiman kali ketiga Jemaah Menteri Kerajaan MADANI akan diadakan dalam tempoh terdekat, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata sesi permukiman itu bukan sekadar untuk mencatat kejayaan yang telah dilakar, tetapi juga menjadi platform untuk barisan menteri membaiki kelemahan dalam pentadbiran ketika ini.

“ ... dan ada tahap kesungguhan yang harus ditingkatkan (Jemaah Menteri), dan saya percaya (permukiman) ini tidak seharusnya berhenti pada tahap itu sahaja, seterusnya diikuti oleh ketua-ketua setiausaha kementerian dan ketua-ketua pengarah,” katanya ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya hari ini.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.

Sesi permukiman pertama dan kedua Anwar bersama Jemaah Menteri masing-masing diadakan pada Januari 2023 dan 2024.