Sesuai Untuk Kumpulan, Nikmati Percutian Santai Di Sinurambi Bed & Breakfast Penampang

24 Feb 2023 • 2:33 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Jom vacay ramai2!

Sesuai Untuk Kumpulan, Nikmati Percutian Santai Di Sinurambi Bed & Breakfast Donggongon. Jika anda dan keluarga atau rakan-rakan anda merancang untuk bercuti bersama dan sedang mencari tempat penginapan hanya untuk berehat dan menenangkan diri, maka b&b ini adalah untuk anda.

Terletak di Jalan Inobong-Terian, Donggongon, Penampang, b&b ini menawarkan bilik-bilik yang sangat selesa dan dihias indah serta pemandangan yang menakjubkan di luar tingkap anda.

image is not available
Sesuai Untuk Kumpulan, Nikmati Percutian Santai Di Sinurambi Bed & Breakfast Penampang

Siap ada kolam renang yang menawarkan pemandangan yang indah

Tempat ini sebenarnya adalah private property yang menawarkan kotej dan pangsapuri studio untuk disewa. Sesuai untuk mereka yang hanya ingin meluangkan percutian mereka untuk berehat jauh dari bandar, salah satu tarikan utama tempat ini adalah pemandangan yang menakjubkan.

Nikmati alam semula jadi di sekeliling anda sambil berehat di tepi kolam renang, serta pemandangan indah matahari terbenam yang boleh disaksikan dari Sunset Deck mereka.

Terdapat pelbagai jenis bilik (3 unit tersedia) yang anda boleh pilih yang sesuai untuk anda. Bilik-bilik studio dilengkapi dengan dapur dan semua bilik mempunyai kemudahan bilik mandi disediakan.

Tersedia adalah bilik yang mempunyai beberapa katil di dalamnya, sesuai untuk kumpulan yang ingin tinggal di bilik yang sama semasa percutian mereka.

Jika anda mahu privasi, anda juga boleh memilih untuk tidur di bilik peribadi – yang juga selesa dan dihias dengan cantik.

Terdapat juga dapur luar dan BBQ gas untuk mereka yang ingin memasak di luar, namun anda perlu memaklumkan kepada pihak pengurusan jika anda berminat untuk berbuat demikian.

image is not available
Bilik ini digelar ‘Kinabalu Nursery Room’, yang bertemakan ‘garden’. Malah terdapat taman bunga mini semasa anda memasuki suite ini. Kredit: FB Sinurambi Bed and Breakfast

image is not available
Pemandangan sunset dari balcony. Kredit: FB Sinurambi Bed and Breakfast

Penginapan satu malam di sini bermula pada harga RM650 ke atas. Penginapan minimum adalah dua (2) malam tetapi untuk pelanggan memandu sendiri, mereka menerima penginapan satu malam. Mereka tidak menerima walk-in.

Anda boleh menikmati pelbagai kemudahan yang disediakan secara percuma sepanjang penginapan anda seperti games room berhawa dingin, kolam renang dan juga meja ping pong!

Sekiranya anda teringin untuk bercuti di sini, berikut adalah maklumat hubungan mereka:

Nombor telefon: 016-846 2926
E-mel: sinurambi@yahoo.com
Media sosial: Facebook | Instagram | TikTok

Lagi di sini: