Tarikan Terbaru Di Semporna, Nikmati Percutian Anda Di Sky Water Villa Resort

16 Feb 2023 • 1:09 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Nikmati pemandangan laut di sekeliling anda

Tarikan Terbaru Di Semporna, Nikmati Percutian Anda Di Sky Water Villa Resort. Sekiranya anda ingin mencari destinasi baharu untuk menikmati percutian anda, terdapat satu resort yang baru sahaja dibuka di Semporna, Sabah.

Dengan pemandangan laut di sekeliling dan resort luxury menantikan anda, Sky Water Villa Resort harus dijadikan destinasi percutian anda yang seterusnya!

image is not available
Tarikan Terbaru Di Semporna, Nikmati Percutian Anda Di Sky Water Villa Resort

Pelbagai aktiviti santai menantikan anda

Antara aktiviti anda boleh nikmati di sini adalah snorkelling dan berkayak dalam bot yang jernih untuk mengagumi laut di bawah anda.

Tarikan utama di sini bagaimanapun adalah pengalaman menjamu selera seperti sarapan pagi, makan tengah hari, hi-tea dan makan malam makanan laut – semuanya sambil mengagumi laut yang indah.

Untuk pergi ke sini, anda dikehendaki untuk menggunakan bot, yang akan mengambil masa sekitar 15 – 20 minit.

Sekiranya anda berminat untuk bercuti di sini, berikut ialah harga penginapan di resort (minimum 2 pax) serta aktiviti yang ditawarkan.

Untuk maklumat lanjut atau buat tempahan, anda boleh layari Facebook rasmi Sky Water Villas Resort di pautan ini.

Lagi di sini: