“Sesuka je nak pukul orang” – Selisih Faham Ketika Memandu, Wanita Dakwa Dipukul Lelaki Baran

Entertainment
9 Aug 2024 • 11:01 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Road rage merupakan sesuatu yang sangat menakutkan dan boleh menyebabkan kecelakaan yang besar, ia merupakan situasi di mana pengguna jalan raya tidak dapat menahan emosi mereka jika berlaku perselisihan faham dan membawa ke pergaduhan fizikal.

Baru-baru ini, tular sebuah video di platform X di mana seorang individu mendakwa teman wanitanya dipukul oleh seorang lelaki kerana berselisih faham ketika memandu.

Menurut hantaran yang tular itu, kejadian itu berlaku di Lebuh Raya Utara-Selatan pada 31 Julai lalu dan semasa dipanggil memberi keterangan, suspek mengaku tidak bersalah mencederakan wanita tersebut.

Dalam rakaman dashcam yang tular itu, dapat dilihat beberapa orang lelaki berhenti sebelum mendekati kereta mangsa, mereka mulanya bergaduh mulut namun selepas itu kedengaran bunyi pukulan.

Salah seorang lelaki lain pula dirakam mengetuk bahagian depan kereta mangsa sebelum masuk semula ke kereta jenis Toyota Alphard itu.

Video tersebut mengundang kritikan ramai dan rata-rata merasakan mangsa tidak sepatutnya dipukul dan tindakan lelaki itu salah di sisi undang-undang.

image is not available

Huish, apa-apa pun tak boleh lah sampai pukul orang.

Sumber: X

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.