Set Kepala 5G Membolehkan OKU penglihatan Menonton Perlawanan Tenis Wimbledon Secara Langsung

TechnologyDigital
11 Jul 2023 • 7:37 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Golongan OKU penglihatan tidak semestinya buta. Ini adalah antara salah faham orang ramai yang tidak menyedari golongan yang tidak dapat melihat dengan jelas juga boleh dikategorikan sebagai OKU. Bagi membolehkan OKU penglihatan menonton perlawanan tenis Wimbledon secara langsung, buat pertama kali sebuah set kepala 5G digunakan.

image is not available

Set kepala GiveVision dilengkapi telefon pintar yang menjejak pergerakan kepala pemakai. Video daripada kamera di dalam stadium akan dipancarkan terus ke set kepala ini. Pemakai pula mempunyai alat kawalan khas untuk melakukan zum keluar masuk bagi melihat aksi di gelanggang dengan lebih jelas secara langsung.

image is not available

Teknologi 5G Vodafone membolehkan teknologi ini digunakan di seluruh stadium. Sebelum ini OKU penglihatan perlu duduk dalam lingkungan zon khas 10 meter untuk menonton kerana kekangan teknologi siaran video yang digunakan. Dengan set kapal ini Wimbledon ingin lebih inklusif dan membolehkan OKU penglihatan menikmati perlawanan tenis seperti orang berupaya yang lain.