‘Syed Saddiq okay, Melayu lain tak okay’ - Tun M

Politics
5 Jul 2023 • 5:40 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Tun Mahathir, Syed Saddiq

SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad membidas idea negara kepelbagaian kaum yang dibawa Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Ujar Mahathir, ia secara tidak langsung akan memberi kesan negatif terhadap identiti bangsa Melayu.

“Definisi Melayu sebagai orang yang bertutur kata dalam bahasa Melayu, mengamal adat istiadat Melayu dan agama Islam seperti yang terdapat dalam Perlembagaan Malaysia, maka kita semua tidak lagi jadi orang Melayu.

“Itulah kesan apabila negara ini diiktiraf sebagai negara kepelbagaian kaum. Syed Saddiq okay, Melayu lain tidak okay,” katanya dalam satu ciapan di Twitter.

Syed Saddiq sebelum ini membidas kenyataan Mahathir yang mengatakan mempromosikan negara berbilang bangsa bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan yang menekankan ‘kemelayuan Malaysia’.

Jelas beliau, kemerdekaan dicapai adalah melalui perpaduan penduduk yang pelbagai, merentasi sempadan kaum dan agama.

Mahathir sebelum itu berkata, tidak pernah terjadi dalam sejarah kaum imigran menuntut negara yang memberikan hak kerakyatan kepada mereka untuk membuang status quo.

Namun ujar beliau, terdapat usaha untuk membuang ketuanan Islam dan Melayu daripada Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved