“Setahu saya dia elok sahaja” – Azlee Sangkal Dakwaan Saiful Apek Ditahan Polis

Entertainment
30 Apr 2025 • 11:20 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Anggota kumpulan Senario, Azlee menafikan dakwaan tular yang mendakwa sahabatnya, Saiful Apek telah ditahan oleh pihak berkuasa hari ini.

Jelasnya biarpun dia masih belum menghubungi Muhammad Saiful Azam Mohamed Yusoff, 56, pada hari tersebut, namun Azlee percaya yang sahabatnya itu dalam keadaan baik-baik sahaja.

“Tiada (tidak ditahan)… Itu tidak betul. Tiadalah… Elok sahaja. Tidaklah dia kena tahan kerana setahu saya dia elok sahaja tiada apa. Tidak betul rasanya dakwaan itu.”

“Kami tiada show bersama hari ini. Mungkin dia ada promosi filem terbaharunya, 6 Jilake. Saya pun belum hubungi dia lagi hari ini.”

Dalam pada itu, Azlee turut berpendapat bahawa mungkin Saiful Apek kini sedang sibuk melakukan promosi filem terbaharunya yang berjudul 6 Jilake.

Sebelum ini, media melaporkan bahawa pihaknya menerima satu foto yang menunjukkan kelibat pelawak yang telah ditahan oleh pihak berkuasa semalam.

image is not available

Dalam foto tersebut, dilihat pelawak yang dimaksudkan, Saiful Apek memakai baju Melayu berwarna merah jambu bersama seorang lagi individu dilihat sedang ditahan dua anggota beruniform dalam satu lokasi tidak diketahui.

Untuk rekod, Mac lalu, terdapat khabar angin yang mengatakan anggota kumpulan Senario iaitu Yassin Yahya telah ditahan di Lapangan terbang Jeddah.

Dikhabarkan pelawak itu sedang menunaikan umarah bersama rakan-rakannya namun ditahan selepas disyaki membawa bahan terlarang.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.