Setaraf K-pop Idol Dan Ada Vibes ‘Coachella’, Netizen Puji Persembahan Dolla Di Borneo Sonic

11 Oct 2023 • 9:57 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Kumpulan Dolla raih perhatian ramai dengan persembahan seakan-akan ‘Coachella’

Setaraf K-pop Idol Dan Ada Vibes ‘Coachella’, Netizen Puji Persembahan Dolla Di Borneo Sonic. Persembahan kumpulan wanita terkenal Malaysia, iaitu Dolla di Borneo Sonic Music Festival 2023 (BSMF) di Sarawak menjadi sorotan dan bualan dalam kalangan pengguna media sosial.

Menerusi rakaman tular yang dikongsikan oleh individu di aplikasi TikTok, Dolla yang sedang menyanyikan single berjudul Damelo menarik perhatian penonton apabila mereka menampilkan persembahan yang bertenaga.

image is not available
Sumber foto: ob

Netizen berpuas hati dengan persembahan Dolla

Bukan itu sahaja, orang ramai memuji empat gadis tersebut, iaitu Sabronzo, Tabby, Angel dan Syasya kerana persembahan mereka disifatkan setaraf dengan K-pop idol di Korea Selatan.

Bahkan, suara penonton turut kedengaran memeriahkan konsert itu bersama-sama menyanyi dengan penuh semangat.

image is not available
Sumber: instagram

Memuji persembahan Dolla seperti di Coachella

Bagaimanapun, menjengah ke ruangan komen pula, rata-rata pengguna media sosial menggelar konsert Dolla seperti ‘Coachella Of Malaysia’. Dalam pada itu, penampilan Dolla juga dipuji dam tidak mengecewakan netizen.

Bahkan, menurut sumber, abang ‘cameraman’ juga menerima pujian apabila Berjaya menjalankan tugasan dengan baik.

@achu_review

@Dolla Official another level performance at borneo sonic music festival #borneosonicmf2023

♬ original sound – Achu_ – Achu_

Untuk makluman, selain Dolla, antara barisan artis yang turut membuat persembahan yang hebat pada malam itu di Stadium Sarawak adalah Taeyang, CL, HYO, Suho, Havana Brown, Fatman Scoop dan Ning Baizura.

Baca juga artikel yang berkaitan: