Setel Hadir Dengan Perkhidmatan Langganan Bulanan “Setel Savers” Pada Harga RM4.90 Sebulan

LocalBusiness & Finance
8 Jun 2026 • 12:16 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Setel Hadir Dengan Perkhidmatan Langganan Bulanan “Setel Savers” Pada Harga RM4.90 Sebulan

Setel, dompet digital yang popular digunakan ramai dalam mengisi minyak di stesen minyak Petronas, har ini mengumumkan pelan langganan berbayar bulanan mereka tersendiri, dinamakan Setel Savers. Untuk pelan ini, Setel mengenakan caj sebanyak RM4.90 sebulan.

Image from: Setel Hadir Dengan Perkhidmatan Langganan Bulanan “Setel Savers” Pada Harga RM4.90 Sebulan

Setel menawarakn beberapa kelebihan melalui pelan langganan Setel Savers ini, termasuk 2x mata ganjaran Mesra untuk setiap RM5 yang dibelanjakan (kecuali transaksi DuitNow), menerima sehingga 400 mata ganjaran Mesra Rewards untuk perbelanjaan minima RM10 di kedai Mesra, menerima mata ganjaran apabila mengecas kereta elektrik, dan pulangan tunai sehingga RM60 untuk perkhidmatan servis kenderaan.

Image from: Setel Hadir Dengan Perkhidmatan Langganan Bulanan “Setel Savers” Pada Harga RM4.90 Sebulan

Selari pengenalan ini, Setel menawarkan pelan ini secara percuma untuk dua bulan bagi sesiapa yang mengaktifkan langganan Setel Savers ini.

Bagi anda, adakah anda akan melanggan Setel Savers ini?