Setel Memperkenalkan Kemaskini Antaramuka – Ingin Menjadi Aplikasi Semua-Dalam-Satu Untuk Kenderaan

TechnologyDigital
25 Nov 2023 • 1:30 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Setel kini mengumumkan kemaskini antaramuka pada aplikasi mereka, sekaligus lebih mengetengahkan ciri dompet digital pada aplikasi berkenaan, selain sejumlah ciri-ciri utama yang ditawarkan melalui aplikasi berkenaan untuk para pemilik kenderaan.

image is not available

Sejak diperkenalkan pada 2018 yang lepas, halaman utama lebih kepada memaparkan peta lokasi dengan stesen berdekatan. Versi baharu ini tidak lagi memaparkan peta pada bahagian utama – sebaliknya mengutamakan paparan baki dompet digital serta mata ganjaran yang telah dikumpulkan, dan seterusnya memaparkan aktiviti yang boleh dilakukan berhampiran pengguna berkenaan seperti mengisi minyak, mengecas kereta dan sebagainya.

image is not available

Setel menyatakan “kad” aktiviti khusus ini akan dipaparkan kepada pengguna secara automatik berasaskan kepada lokasi. Menu melibatkan pengurusan kenderaan lain dipaparkan pada bahagian bawah – lebih kurang seperti hari ini.

image is not available

Kemaskini baharu ini sedang diperkenalkan secara berperingkat kepada semua pengguna Setel.