Tak perlu taip, borak dengan AI macam kawan di ChatGPT kini percuma untuk semua

Digital
22 Nov 2023 • 2:13 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Aplikasi OpenAI, ChatGPT dengan ciri yang menyokong interaksi suara kini boleh digunakan secara percuma pada semua telefon pintar. Melalui pengumuman menerusi X, pengguna boleh mencubanya dengan hanya memuat turun aplikasi dan klik ikon fon kepala.

Interaksi suara dengan ChatGPT ini telah pun dilancarkan pada bulan September lepas. Pada waktu itu, ia merupakan ciri terhad yang ditawarkan kepada pelanggan premium.

ChatGPT interaksi suara

Ciri interaksi suara pastinya dapat meningkatkan rangkaian penggunaan yang lebih luas, khususnya kepada mereka yang lebih suka memberikan arahan suara daripada menaip, untuk mengakses teknologi AI dengan mudah.

Bayangkan melalui interaksi suara ini, ia seolah-olah anda sedang berbual dengan pembantu maya yang tidak berbunyi seperti robot. Malah tindak balas yang diberikan juga pantas.

Pengguna yang ingin mencuba ChatGPT interaksi suara ini boleh mengaksesnya melalui aplikasi, dengan memuat turun di Google Play Store atau Apple Apps Store pada telefon pintar.

image is not available

Untuk memulakan perbualan dengan model AI ini, anda hanya perlu klik ikon fon kepala. Terdapat lima suara yang boleh dipilih untuk digunakan iaitu Ember, Sky, Breeze, Cove dan Juniper. Anda juga boleh menukar pilihan bahasa utama kepada Bahasa Melayu.

Anda boleh menyemak soalan dan jawapan yang diberikan ChatGPT melalui transkrip yang akan muncul pada skrin sebaik sahaja menamatkan perbualan. Transkrip ini juga boleh diakses menerusi menu di sebelah kiri aplikasi.

Dalam minggu lepas, nama OpenAI melonjak apabila secara mendadak apabila CEO Sam Altman dipecat secara tiba-tiba dan kisah ugutan perletakkan jawatan oleh lebih 90% pekerjanya. Walaupun dilanda kontroversi, ia tidak menjadi isu untuk OpenAI untuk memperkenalkan fungsi interaksi suara ini secara percuma.

[Sumber: The Verge]

Bacaan berkaitan: