“Setelah 5 Tahun” – Shuib Dan Mamat Kongsi Momen Berbual Mesra, Video Call Dengan Rahim Sepahtu

EntertainmentLifestyle
7 May 2026 • 7:43 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

“Setelah 5 Tahun” – Shuib Dan Mamat Kongsi Momen Berbual Mesra, Video Call Dengan Rahim Sepahtu

Selepas sekian lama, hubungan antara pelawak terkenal Shuib dan Rahim Sepahtu akhirnya kembali menjadi perhatian ramai.

Menerusi satu perkongsian di Instagram, Shuib berkongsi momen dirinya dan Mamat Sepah sedang membuat panggilan video bersama Rahim yang jelas mencuri perhatian peminat.

Momen ringkas tapi bermakna buat peminat

Dalam video tersebut, Shuib dilihat sedang memandu sambil melakukan panggilan video dengan Rahim dalam suasana yang santai dan mesra.

View this post on Instagram

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu)

Perkongsian itu terus mengundang pelbagai reaksi daripada netizen yang memahami konteks hubungan mereka sebelum ini.

Rata-rata peminat meluahkan rasa gembira melihat dua figura ini kembali berhubung selepas tempoh yang agak lama.

Ramai yang menganggap momen ini sebagai sesuatu yang dinanti-nantikan, apatah lagi mereka pernah menjadi antara gandingan pelawak yang cukup popular suatu ketika dahulu.

Pssttt! Kadang-kadang, masa dan jarak bukan penghalang untuk memperbaiki hubungan. Apa yang penting adalah keikhlasan untuk kembali berbaik. Harapnya persahabatan ini terus kekal dan mungkin kita akan dapat lihat mereka kembali bergabung seperti dulu.

Kredit: Instagram Shuib
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

The post “Setelah 5 Tahun” – Shuib Dan Mamat Kongsi Momen Berbual Mesra, Video Call Dengan Rahim Sepahtu appeared first on Oh! Media.