Setelah Bask Bear, Kini Burger King Bakal Buka Cawangan Pertama Di Samarahan

9 May 2023 • 9:29 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Bakal dibuka di Aiman Mall, Samarahan

Setelah Bask Bear, Kini Burger King Bakal Buka Cawangan Pertama Di Samarahan. Burger King, rangkaian restoran makanan segera yang popular di seluruh dunia, akan membuka cawangan pertama di Samarahan.

Restoran tersebut akan menyediakan pelbagai hidangan yang disukai ramai, termasuklah burger, fries, nugget dan minuman sejuk.

image is not available
Setelah Bask Bear, Kini Burger King Bakal Buka Cawangan Pertama Di Samarahan

Burger ini merupakan menu signature di Burger King yang anda wajib cuba.

Dengan pembukaan cawangan baru ini, penduduk setempat akan dapat menikmati makanan berkualiti dan harga yang berpatutan tanpa perlu pergi jauh.

Antara menu popular di Burger King adalah Whopper. Burger ini merupakan menu signature di Burger King yang anda wajib cuba. Jadi untuk anda yang ingin mencari port untuk luangkan masa bersama kawan-kawan, ini boleh masukkan dalam list anda.

image is not available

Tak perlu jauh-jauh nak ke Kuching, kat Samarahan dah ada

Sebelum ini, cawangan Burger King hanya didapati di Vivacity Megamall dan juga Plaza Merdeka. Dan kini, syarikat makanan fast food ini meluaskan cawangannya sehingga ke Samarahan.

Berita baik ini telah diumumkan di laman Facebook di mana, Burger King cawangan pertama di Samarahan bakal dibuka di Aiman Mall, Samarahan. Jadi, orang Samarahan tak perlu jauh-jauh pergi ke Kuching untuk menikmati hidangan burger Whopper ini

image is not available

Lagi artikel menarik, anda boleh baca di pautan bawah: